hari ni teringin plak nk bercerite tntang novel2 yg bg aku best yg pernah aku baca dan patut dikongsi dgn smue penggemar novel.mgkin ade di antara novel yg aku nk crite ni korang semue dh baca sbb novel2 ni mmg agak popular kat pasaran and masih hot.aku pulak,klau nk baca novel ni bkn sng tau.sbbnye aku x suka sgt membaca.huhu.mmg org ckp membaca tu jambatan ilmu and i realize that.tp aku cuba utk berubah supaya mnjadi pembaca tegar(harap2 la kan) and boleh dpt byk ilmu pengetahuan.aku lebih suka tgk drama and movie on9 brbanding kat tv.kecuali drama2 yg best la.aku sanggup tggu walaupon sminggu sekali..hehe.di sini ade satu fakta ye.SAYA JARANG TGK TV SLPS MASUK U..huhu =(....back to the topic sblum aku melalut byk2.apa kriteria yg perlu ada pd sesebuah novel tu,yg membuatkan korang rasa brkobar-kobar nk baca???bg aku,1st jln crite mesti mantop n best n x melalut byk mcm sinetron indonesia(maaf ya pak bu..hehe),2nd,nama watak msti masyuk.3rd,kulit novel msti menarik supaya first impression pembaca trhadap novel trsebut +ve.ermm..ape lg ek??ha'ah tambahan bg aku,watak heroin msti gile2 sikit n x semestinye tomboy k..
ok dah penat bercerite,jom kite tgk novel2 yg aku rasa best sekali dgn sinopsis die jgak.
![]() |
| Doktor Cinta by Dyadila |
SINOPSIS
Mazliana Haji Nordin,
gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada
Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan
mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar
menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

| M.A.I.D by Suri Ryana |
SINOPSIS
Pengembaraan Noorul
ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse
mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya
mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul
menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk
‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan
sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

| Love You Mr.Arrogant by Aliesha Kirana |

SINOPSIS
Zaara
Amirah punya impian yang sama seperti impian
tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang
dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap
lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek
kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel
Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji
sebagai modal.
"Itu harga
yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap,
kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel
Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi.
Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya
dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara
Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau
melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil
mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak
cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan
saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak
dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir
langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry
yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry
Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh!
Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang
saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh
hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara
Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia
sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu
ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara
Amirah terus menanti...
TO BE CONTINUED.....

No comments:
Post a Comment